HAI
ASSALAMUALAIKUM
&
MORNING :)
.
.
.
.
.
.
Disebabkan hari ini nak jalan jauh (jauhlah sgt), so tetiba rasa nk update blog pasal servis kereta.. kahkahkah..(masih dlm mood excited nak update BLOG)
.
.
.
.
TETAPI ni khas untuk perempuan.
(maklumat ni semua di ambil dr sumber-sumber yg boleh dipercayai. credit & TQ to them)
.
.
Bismillahirrahmanirrahim :)
.
.
.
Kpd orang perempuan, awak2 sebenarnya boleh menjimatkan duit masa servis kereta..
BASIC SERVIS kereta adalah
i) penukaran minyak enjin + tukar penapis minyak
ii) cuci atau tukar penapis angin
(air filter ; biasanya benda ni tahan lama.. 6 7 8 kali servis baru tukar sekali ok)
iii) periksa & top up air bateri
(kalau nak tukar bateri yg baru ambil jenis jenis
Century ; bateri kereta Century air bateri lambat surut & bateri ni tahan lama)
Kos basic servis di workshop
- Minyak enjin (20-50W) RM50 to RM60 ++
- Oil filter RM10-RM13
Top up air bateri (biasanya free atau termasuk dlm labour charge)
- Labour charge RM15 - RM 25
**Kalau suruh kawan2 lelaki yg mahir buatkan lg jimat (boleh dpt murah la kot)
Awak2 just pergi beli sendiri je brg2 ni kat kedai spare part :)
- Top up air bateri (not more than RM20)
- Labour charge - Belanja la kawan2 lelaki yg tolong servis kereta awak tu..
.
.
.
.
✔ TIMING BELT
Adalah mustahak timing belt ditukar setiap 60,000km (jenis proton standard, original proton parts).. kalau anda pakai jenis Mitsubishi boleh tahan sampai 100,000km (hati-hati, kat kedai spare part ada jual timing belt jenis Mitsuboshi (brand tiruan @ cap ayam).. sekiranya timing belt enjin kereta anda kena air.. kena minyak enjin dgn banyak yg meresap melalui celah enjin (gasket enjin dah bocor), maka disarankan anda terus tukar timing belt kerana ketahanan getah tali ‘timing belt’ ini sudah berkurangan (tear & wear)..
Catatkan bacaan odometer reading di dashboard kereta anda supaya anda tahu bilakah perlu dilakukan pertukaran timing belt seterusnya.
**Contohnya sekiranya ‘clock’ odometer reading kereta anda mencatat kereta anda telah berjalan sejauh 165,433km maka pertukaran timing belt seterusnya perlu dilakukan apabila bacaan odometer kereta anda mencecah 225,433km.
***Kegagalan untuk menukar timing belt pada masa yg disyorkan oleh mekanik boleh menyebabkan ianya putus di tengah jalan (apa lagi piston akan jammed, rod akan bengkok atau patah, blok enjin akan calar atau pecah...) duit anda akan terbang ratus2.. kena overhaul la jawabnya..
(kos baik pulih sgt tinggi & mampu smpai ribu2 depends pd jenis kereta)
.
.
.
THEN~
Jika rasa kereta awak2 seolah-olah menjadi berat, ini mungkin disebabkan oleh :
1. jangka hayat palam pencucuh(spark plug) sudah tamat (tukar setiap 30,000km atau setahun sekali)*
2. tepet dalam locker enjin telah lari dari setting asal - buat pelarasan tepet setiap 1 tahun 6 bulan
(jika kereta digunakan setiap hari untuk perjalanan jarak jauh) atau tukar setiap 2 tahun sekali (jika kurang menggunakan kereta)
3. penapis minyak petrol(oil filter) tersumbat [minyak tidak dapat flow dengan lancar ke sistem pembakaran enjin (kaburator / suntikan minyak)]
**setiap kali anda menukar timing belt, tukar penapis minyak petrol ini sekali.
4. Penapis angin (air filter) penuh dgn habuk / debu. Cuci atau tukar air filter ni.
5. Enapan karbon yang berlaku di dalam sistem pembakaran enjin telah banyak
- cuci karbon setiap 2 tahun sekali
6. brek cakera(disc brake) kereta anda tersangkut ; akibat sistem brek yang tidak pernah diperiksa & diservis - biasanya berlaku kejadian piston brek melekat (brake piston tak release balik disc brake selepas kita menekan brek). Pandu kereta perlahan-lahan (gunakan gear 1 atau gear 2) & anda boleh mendengar bunyidisc brake tersangkut / bergesel ini.
**Tukar minyak brek setiap 3 atau 4 tahun, brek pad tukar bila dah nak habis. **
7. bearing roda @ tayar kereta anda telah rosak. (untuk kereta proton bearing roda kereta akan mula buat hal selepas 8 - 10 tahun usia kereta).
**Bunyi bising (berdengung) akibat kerosakan bearing roda kereta anda akan kedengaran bila anda memandu pada kelajuan 80km ke atas.
8. minyak kotak gear(gear box oil) sudah sampai masa, tukar setiap 2 hingga 3 tahun
[(clutch plate) tukar setiap 3 tahun sekali].
9. tekanan angin dalam tayar kereta anda tidak mencukupi.
10. Timing belt dan belting luar (tali sawat/kipas yang memusingkan ’fan’, ’alternator kereta anda menjadi terlalu ketat. Periksa dan buat pelarasan timing belt atau belting luar ini semula
(tanda belting luar terlalu ketat diketahui sewaktu menghidupkan enjin ; ada bunyi berdencit yg kedengaran).
11. timing enjin kereta anda terlalu rendah atau telah lari dari setting asal. Buat pelarasan timing enjin kereta anda semula.
12. mungkin berlaku masalah kerosakan di distributor. Periksa sekiranya terdapat kerosakan pada coil distributor kereta anda.
13. Bateri kereta anda sudah sampai masanya (perlu ditukar). **
Jangkahayat bateri biasanya lebih kurang dlm 2 tahun.
.
.
.
.
.
(Benda mcm absorbers dan spring ni kalau nak standard je elok pakai yg original. Tukar absorber jenis minyak, kalau jenis gas cepat jadi keras (3 tahun ++ saja).
** jika lampu isyarat amaran ( ! ) menyala walaupun anda telah melepaskan brek tangan, ini menunjukan minyak brek kereta anda telah berkurangan. Bawa ke bengkel untuk memeriksa kebocoran salur minyak pada sistem brek kereta anda.
~ SEKIAN~
.
.
.
.
.
thanks a lot pada yang bagi info yg TERSANGAT bagus ini.
saya dah faham banyak tentang kereta lepas baca info-info ini, that's why saya bersemangat nak share dalam blog ni.
info ni berguna untuk sesiapa yang baca & untuk diri saya juga..
OKAY BYE :)
(in future boleh buat sendiri sebab sekarang kereta masih baru lg & masih dapat free servis kat pusat servis dia)
WITH LOVE,
suke? komen lah.. BTW thanks for reading